http://misszieyla.blogspot.com/

love

Tuesday 21 June 2011

sayang abah !!!

mungkin ibu lebih kerap menelefon kita untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.tapi tahukah kita sebenarnya ayahlah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita.semasa kecil,ibu lah yg sering mendukung kita kita.tapi tahukah bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yg letih ayah lah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.saat kita sakit 0r demam ayah lah yg sering membentak " sudah diberitahu!,jangan di minum ais!!". tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau.ketika kita remaja,kita meminta izin untuk keluar malam.ayah dengan tegas berkata "TIDAK BOLEH!!!".sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita kerana bagi ayah,kita adalah sesuatu yang sangat berharga.saat kita sudah dipercayai,ayah pun melonggarkan peraturannya.maka kita telah melanggar kepercayaannya.maka,ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.setelah kita dewasa,ayah telah hantar kita ke ipt utk sambung belajar.disaat kita memerlukan keperluan kuliah,ayah hanya mengerutkan dahi..tanpa menolak,ayah memenuhinya.saat kita berjaya,ayah adalah orang pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untuk kita.ayah akan tersenyum dengan bangga.sampai ketika jodoh kita telah sampai dan seseorang meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.ayah sangat berhati-hati mengizinkannya,dan akhirnya...saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasanagn kita..ayah pun tersenyum bahagia.tanpa kita tahu,bahawa ayah sempat ke belakang dan menangis..ayah menangis kerana sangat bahagia..dan ayah berdoa"ya Allah,tugasku telah selesai..bahagiakan lah puteri kecilku yg manis bersama pasangannya." setelah itu,ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang menjenguk.dengan rambut yg memutih dan badan yg tak kuat lagi untuk menjaga kita...

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. ayah dan ibu yg terbaik buat kita

    ReplyDelete
  3. entri ini sungguh baik .. ia menyentuh hati uncle. kebetulan uncle baru sahaja menerima menantu lelaki yang ke dua.

    uncle minta izin untuk menyiarkan entri awak ini pada masa yang sesuai nanti. sudah pasti uncle akan beri kredit dan linkan ke blog awak.

    ReplyDelete
  4. uncle al lavendari~ ok lh ....

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas kebenaran itu.

    dan uncle dah buat entri ttg tajuk ini. jemputlah tengok.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum zieyla,

    Salam persahabatan jua...,
    satu entri yang baik dan menyentuh buat seseorang insan bergelar bapa/ayah ... yg punya puteri...

    Siapa lah kita anpa mereka....
    Selamat maju jaya dalam dunia blog dan hidup..

    wassallam

    ReplyDelete
  7. moga semua anak2 gadis akan selalu ingat jasa bakti ayahbonda

    ReplyDelete
  8. uncle ~ sama2
    azmnor ~ wslm .. yela
    norsha~ :-)

    ReplyDelete